BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 22, 2010

asasi tarbiah

segala pujian bagi ALLAH tuhan sekalian alam.selawat dan salam ke atas penyudah sekalian nabi dan rasul.....


tarbiah islam ialah pendidikan yang telah melahirkan sebaik-sebaik umat untuk manusia.tarbiah ini telah dihapuskan di negara2 arab dan islam dalam beberapa kurun kebelangan ini,kerana beberapa faktor.antaranya ialah serangan musuh2 islam,selain daripada kejahilan umat islam islam sendiri serta ketakjuban mereka terhaadap teori pendidikan barat.


tetapi,dengan kelebihan dan kurnian ALLAH TAALA,beberapa  orang ulamak di negara arab dan islam telah menyedari betapa merbahanya konspirasi musuh itu,lalau mereka mengadakan beberapa siri nadwah dan
muktamar serta mengarang buku2 yang amat bermanfaat,bertujuan menetapkan dasar pemikiran tarbiah di negara kita serta membebasknnya daripada pengaruh pemikiran penjajah.setiap buku yang amat bermakna ini ,yang mencetuskan pemikiran tentang prinsip2 islam,merupakan batu-bata tambahan yang baru kepada binaan tarbiah masa kini.

antara tokoh perancang gerakan.

tulisan kami dan perkongsian ini bertujuan mengupas pengertian tarbiah islam sedaya kefahaman kami serta pengalaman sedikit cuma yang kami tempuhi serta menciri-cirikan kaedahnya yang terpenting bersumberkan al quran dan as sunnah.ia juga bertujuan menerangkan tentang langkah-langkah terpenting yang mesti diikuti dalam proses pengajaran subjek al quran,al hadis,seerah,akidah dan fiqh.

tetapi perkara ini tidak terbatas pada objektif yang bersifat kognitif semata-mata,bahkan kami sebenarnya bertujuan menyuburkan aliran yang sejahtera terhadap tarbiah islam agar orang yang beriman semakin bertambah yakin dengan kelebihan tarbiah ini berbanding teori2 pendidikan rekaan manusia.insyaAllah terdapat juga objektif2 kerja yang perlu dicapai oleh kami dan para pembaca..kami berusaha sedaya upaya untuk mengambil pengertian-pengertian danbuah2 tarbiah dari laluan yang kami telah lalui ats kefahaman yang masih terbats ini daripada sumbernya yang utama iaitu al quran dan as sunnah.


kami berdoa semoga ALLAH memberi taufik kepada kita untuk melakukan perkara yang disukainyasemoga tulisan ini juga akan bermanfaat pada penuntut2 ilmu di fakulti dan kolej pendidikan.doa terakhir kita ialah segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam.selawat dan salam ke atas junjungan kita muhammad serta ahli keluarga dan para sahabat baginda.kunci utama untuk memahami sejelasnya adalah istiqomah dalam HALAQOH tarbiah...
MEMBINA GENERASI RABBANI














0 comments: